Monday, August 23, 2010

Surah al-Asr dan Penjual Ais

Assalamualaikum w.b.t

Menurut Imam Shafie, jika manusia mengambil pengajaran daripada Surah al-Asr sebagai petunjuk, ia sudah memadai. Sahabat pada zaman Nabi tidak akan berpisah kecuali membaca surah ini. Satu hari, Imam ar-Razi mendengar seorang ulama bercerita tentang penjual ais berteriak banyak kali di sebuah bazar: ” Kasihanilah kepada seorang yang mempunyai kekayaan tetapi sedang mencair.” Dari teriakan si penjual ais ini, ulama tersebut bercakap pada dirinya: inilah yang dimaksudkan dengan surah al-Asr.

Menurut Sayyid Abul Ala al-Maududi, untuk memastikan kita tidak mensia-siakan usia kita seperti ais yang mencair dan akan berakhir, maka ada 4 sifat yang dinyatakan jelas dalam surah ini. 4 perkara ini amat penting samada di peringkat individu atau pun organisasi. Malah jika diperhatikan 2 ciri pertama lebih berfokuskan kepada diri setiap individu manakala 2 ciri seterusnya melibatkan dinamik dalam pasukan, organisasi atau sesama manusia.

Contoh individu dan organisasi bagi 4 ciri ini

Sebagai individu, untuk tidak rugi ialah meningkatkan iman dan amal soleh. Ahmad boleh sahaja mencari ilmu untuk meningkatkan imannya. Beliau akan ke masjid-masjid mencari ilmu dan membaca untuk menguatkan iman. Di samping itu, beliau bersolat dan bersedekah sebanyak mungkin bagi meningkatkan amal soleh.

Namun apabila Ahmad bertemu rakan kerjanya Ali, Ali mungkin mempunyai tahap iman dan amal soleh yang hampir sama. Namun apa yang akan berlaku jika ia berbeza?

Ahmad: Jom solat.

Ali: Nanti kejap.

Antara tausil bil haq dan tausi bis sobr

Lantas, ketika Ahmad mengajak Ali untuk solat, beliau tidak boleh lagi berpeluk tubuh dengan iman dan amal personal. Ahmad kini perlu melonjakkan keyakinan iman kepada Allah dengan menyampaikan kepada orang lain. Dinamik dalam organisasi atau kumpulan bermula. Ini yang kurang digemari, kecuali orang yang beruntung.

Menyampaikan wasiat atau nasihat ini ialah continuous improvement yang perlu dilaksanakan pada pelbagai peringkat samada aspek menguruskan fizikal, intelek, emosi mahupun spirituil.

Mari kita analisa dialog Ahmad dan Ali.

Ahmad: Jom solat.

Ini ialah nasihat atau seruan ke arah kebenaran. Jika Allah menaikkan darjat orang berilmu lebih dari daripada yang beriman sahaja , maka usaha nasihat dengan kebenaran ini juga ialah aktiviti bersifat dominan pada intelek. Perlu ada ilmu. Fokus pada minda.

Apakah ciri minda atau intelek? Kalau tiada kebenaran lain, maka sila laksanakan. Sila buat. Jika Ali mengikut seruan Ahmad, intelek akan selesa. Apa akan jadi kalau Ali tidak menurut nasihat kebenaran tersebut?

Ali: Nanti kejap

Ahmad akan kecewa kalau ia tidak disendalkan dengan kesabaran. Kesabaran ialah kemahiran emosi. Untuk menjadi orang yang tidak rugi, emosi perlu dikawal. Ada banyak sudut kesabaran diperlukan dalam melaksanakan seruan atau nasihat.

Sabar untuk apa ?

Ibn Qoiyim ada menulis tentang beza syukur dan sabar.Namun secara ringkas, sabar diperlukan paling kurang pada:

* sabar agar kita sendiri melaksanakan perkara tersebut – kerana Ahmad sudah nasihat, maka Ahmad perlu laksanakan juga

* sabar ketika kita melaksanakan – ketika Ahmad sudah melaksanakan solat, maka sepanjang amalan itu, beliau memerlukan kesabaran

* sabar ketika menyeru orang lain – kerana Ali menyatakan ‘nanti sekejap’, maka Ahmad akan rasa ‘marah’ kerana kebenaran tidak dituruti.

Apa kesan kalau kebenaran tidak diikuti dengan sabar? Hubungan antara Ahmad dan Ali akan rosak – terutama jika Ahmad membentak atau menyindir Ali selepas itu. Sifat intelek ialah membuat penilaian dan kesimpulan, peranan emosi yang positif ialah memahami apa yang berlaku untuk memastikan penyelesaian dapat dibuat pada kaedah terbaik.


Keluarga dengan Surah al-’Asr

Keluarga adalah institusi atau organisasi kecil sebelum seseorang masuk ke dunia kerja atau masyarakat. Ramai yang mengadu dan mengomel selepas berkahwin:

Dia tidak faham saya.

Dia solat ok, tetapi perangai …

Saya suka akhlaknya, tetapi solat entah ke mana .

Dia memang ok, tetapi kalau dah tiba saat merajuknya…ya Allah!

Dia nak tak faham-faham style saya. Itu yang saya tak faham tu…

Atau ketika si penjaga memberi komen pada si anak:

Kamu nie memeningkan kepada mak sahaja

Kamu nie tak sedarkan diri

Apakah yang berlaku dalam perkataan- perkataan di atas?

Ada perbezaan harapan sesama pasangan atau penjaga-anak. Ketika beriman atau beramal, masing-masing boleh memilih aras mana yang ingin dicapai. Namun apabila sudah berada dalam organisasi, menuju yang terbaik untuk Allah adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan konflik tanpa batas. Jika diikut standar suami atau isteri, maka ini akan menyebabkan masing-masing keliru.

Hatta dalam menuju kepada Allah, kesabaran amat diperlukan. Kesabaran menyebabkan hasil menuju yang terbaik mungkin tidak berlaku semasa kita melaksanakan tugas dan amalan. Inilah realiti yang disampaikan dalam Surah al-Asr.

Individu intelek, individu emosi.

Dalam kehidupan seharian, individu yang dominan pada intelek dan kurang aspek emosi akan cepat menghukum. Lantaran intelek berjalan dengan cepat, ia mungkin akan menyebabkan tindakan diambil kurang berbanding apa yang sepatutnya dilaksanakan. Individu intelek mudah untuk ‘berkira-kira’ untuk melaksanakan sesuatu dan menjadi malas jika spirituil tidak menjadi asas kehidupan.

Manakala individu yang dominan pada emosi akan menjadi seorang yang ceria, penyayang dan rajin melaksanakan sesuatu perkara. Namun apakah kesan kalau terlampau concern atau pelembut? Jiwa amat sensitif dan mudah meronta dengan mengumpat atau memperkatakan hal orang lain yang ‘menggoda’ emosinya untuk diumpat atau difitnah jika spirituil tidak dijadikan asas.

Lantas, apabila berbincang isu iman dan tausi bil haq, ia adalah kapasiti intelek.

Amal soleh dan tausi bis sobr, ia adalah kapasiti emosi.

Jika dua-dua dididik agar seimbang dan berasaskan spirituil, maka itulah yang membawa kejayaan. Agar usia tidak mencair rugi seperti si penjual ais yang inginkan aisnya dibeli segera kerana masa adalah terhad dan sudah mahu berlabuh.

Moga Allah beri kita kekuatan dan hikmah untuk mensyukuri masa dan tidak menjadi orang yang rugi.

Sumber: Al-Muntalaq.com

How To Update This Blog

kpd semua sahabat2, sesiapa yang nak update blog ni anda teramat sangat dialu alukan. tapi, untuk update, kena ade id n password kn??
so, blh mntak ngan syafiq joe/zainal/yard/or sape2 saje yang mengetahui.
sekian, terima kasih..