Assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah setelah sekian lama tak berhubung, mungkin post kali nih boleh mengembalikan ikatan ukkhuwah sesama kita. alhamdulillah gak coz masih diberi kesempatan untuk menulis blog nih walaupun diri dalam kesbukan untuk menghadapi peperiksaan. apa2 pown ianya bukan penghalang untuk kita terus berkongsi.
btw, terima kasih buat mereka yang membantu dlam memberikan password ngan email blog nih. nasib baek r diorang nih ingt password ngan email blog nih, klu tak blog nie akan terus bersawang dan terkubur macam tu jer. sekalung penghargaan buat yard, syafiq johari, siti zubaidah ngan diyana yang sudi membantu.. thanx guys. :D
kebelakangan nih, banyak dapat info dari member2 yang mereka2 nih tngh musim exam. macam aku, yard ngan fikri zaini pown akan ada final exam minggu depan. so, buat mereka2 yang sdng exam, gud luck to u all and do all the best.
bile kita bercakap pasal ujian nih, manusia memang tidak akan terlepas dari sebarang ujian. tak kisah r sama ada ujian tu datang dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Tapi, kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa bergantung harap padanya dalam setiap keadaan tak kira senang atau susah. bukan lah apabila kita ditimpa kesusahan baru lah kita nak kembali pada Allah dan senng2 jer melupkanNya bile kita senang.
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.(10:12)
dan tanamkanlah dalam fikiran kita yang kita seharusnya sentiasa bergantung harap padaNYa kerana sesungguhnya kita hanya insan yang lemah, kerdil pulak tu. jangan lah kita menyombongkan diri kita kepada Allah dengan mengatakan yang kita mampu menghadapi sebarang ujian tanpa Ihsan daripadaNYa. Hatta nabi Ya'qub pun amat bergantung harap kepada Allah inikan pula kita sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang status nabi mahupun Rasul.
Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."(12:86)
dalam post nie gak, kite cube renungkan sama2 apa yang terdapat dalam hadith ke-19 Imam Nawawi
" ...apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan dengan Allah.... "(hingga akhir hadith)
ingtlah bahwa Allah sentiasa bersama dengan kita dalam setiap keadaan dan juga Allah telah menyatakan bahawa kita mampu untuk menghadapi setiap ujian yang ditimpakan ke atas kita. to all of u, do your best in the exam and always pray to Allah. (sekadar
renungan ringkas untuk kita semua. mata pun dah ngantuk sebenarnya nih.)
No comments:
Post a Comment